Thursday, July 26, 2012

Alhamdulillah :-)

Assalamualaikum...

hye! arini sue xtau nak hapdet ape cuma yang pasti tinggal tigepuluhenam ari je lagi.. byk persiapan yg dah ready cume nnt aku remind balik kat dorg.. petang ni insyaAllah sue ngan abah akan g jumpe jurunikah utk submit borang nikah... dupdap rasenye either lulus ker x nih... huhuhu

sue ngan mr. love dah beli cincin utk batal air sembahyang... sukeeeeee sgt2 coz dapat pujuk mr. love beli cincin utk die skali... huhuhu the next day tu kitrang g fitting baju... MasyaAllah, siyes sue ngan mr. love sgt suke ngan baju yg kitorang pilih tu... memang xkan nyesal punye.. festime tengok mr. love in dat baju sungguh sue melting tgk mr. love.... Alhamdulillah kerana sue diberi seorang lelaki yang sedap mate memandang :)

so, diz week will folo my nenek jalan2 satu kampung untung mengedar kad kawen... hikhik tiap2 malam skang afta maghrib mesti dok dalam bilik sibuk tulis name-name orang nak bagi kad kawen.. eksaited gile tgk sume...huhuhu eventho simple jer tp sue puasti dengan kad kawen sue... yg simple tu la menarik n tidak membazirkan... :0

Alhamdulillah special thanx to my big boss.. nak kate rezeki raya pun bole nak kate rezeki kawen pun bole.. thanx boss for your "gift".. juz too sad bile fikir-fikir balik yang sue dah xlame je pun nak berkhidmat kat company.. but dont chu worry okeh boss i'll be here till end of this year InsyaAllah..


Thursday, July 12, 2012

Permata Untuk Isteri

Assalamualaikum...

selamat petang untuk seorang yang dah bergelar isteri n bakal bakal isteri sekalian.. today sue nak crite betapa bertuahnye kite sebagai seorang perempuan bile dah bergelar isteri... terlalu banyak ganjaran daripada Allah untuk kite... sambil korang bace entry dibawah meh kite dengar lagu khas untuk isteri ni .... 



Memiliki suami idaman, adalah impian semua wanita di dunia ini, termasukla saya yang akan mendirikan rumahtangga dalam waktu terdekat ni, lalu muncul semangat yang membara untuk menjadi isteri yang terbaik buat suami tercinta. Kebetulan banyak masa terluang ni, sue peruntukkan untuk menambah pengetahuan untuk menjadi seorang isteri yang didambakan oleh bakal suami nanti.. nak tau sue baca ape meh kite cekidaut mane tau atleast bole tambah pengetahuan untuk dijadikan pengajaran:-

Di tengah jalan kehidupan berumatangga, mata tiba tiba dah tak tertahan dengan debu yang menerpa ketika menyapu rumah, atau hati sedih melihat tangan yang menjadi kasar dan keras setelah bergelumang di antara kotoran pakaian dan sabun pencuci..Di dapur pula masih banyak pinggan mangkuk yang belum di cuci, periuk kuali yang belum di gosok, dan gelas cawan yang masih berbaki air minuman, mula di naiki semut dan serangga..

Lafaz menjadi lelah mengenangkan kain baju yang masih terendam belum di cuci, yang sudah dicuci pula belum dijemurkan, dan yang sudah di jemur pada ampaian masih belum di angkat untuk di asingkan.., masih belum bergosok dan masih belum berlipat… Anak anak pula cepat kotorkan diri, juga cepat laparkan diri lalu kencing serta berak merata rata..

Kemudian datang tetamu ketika rumah masih berselerak, kain baju dan pinggang mangkuk yang taburan seperti pasir di tepian pantai..Oh! apa yang aku nak masak malam ini? Nanti petang suami pulang, ingin melihat rumah bersih dan kemas, ingin makan masakan sama rasa seperti masakan ibunya, ingin berehat menonton TV, sambil memesan makanan segera dan minuman panas seperti berada di restoran lagaknya..

Lalu menangislah wanita itu mengenangkan kehidupannya yang menyedihkan, beban kerja bertambah banyak tapi suami tak tolongpun, anak pula berak tapi suami tak ingin nak basuh, lalu hujan turun lantas suami terus tertidur membiarkan kain baju basah di jemuran.. Sebelum tidur suami berpesan, pakaian ke pejabat mesti disiapkan sebelum subuh, mesti bergosok dan stokin harus berbau wangi… Dan di malam hari pula, masih ada kerja dari suami kepada isteri, yang mana isteri dibogelkan suami lalu dintindih sepanjang malam…

Ok, cukup sampai situ. Bukan ape, sue xboleh lah nak sambung ceritanye coz sue xmelalui lagi fasa perkahwinan ni.. sooooo kite shhhhh dulu sampai la sue dah kawen ok :p

Persoalannya?, setelah korang para isteri buat semua perkara di atas, bersusah susah dari awal kahwin hingga hari ini, tapi kenapa suami masih tak bahagia hidup bersama korang?, sehingga sanggup marah korang, tengking korang, pukul korang, dan akhirnya ceraikan korang?

Kenapa?

Ok, sebelum tu, biar sue cerita pada korang akan apa peranan sebenar isteri pada suami secara batiniah, sebab korang dalam bab lahiriah, semua dah tahu, semua dah pandai masak, kemas rumah, dan basuh kain baju, tapi dalam hati ada sifat yang tak betul seperti perasan diperlukan, perasan bagus, perasan di salahkan, perasan dibebankan dan sebagainya yang buat suami rasa tak best duduk sebumbung dengan korang lalu sanggup marah dan tengking korang, dan sanggup melihat korang menderita… iskiskisk…

Sebenarnya, ibu ibu dan puan puan sekalian, senang cerita, terdapat tiga jenis isteri,
Pertama adalah jenis yang derhaka pada suami, kedua yang nampak taat tapi dalam hati derhaka dan yang ketiga adalah opposite pada dua golongan tadi, tidak derhaka pada suami sama ada secara batin atau zahir, dan dah tentu golongan yang ketiga akan masuk syurga, dan golongan kedua masih boleh di selamatkan dan golongan yang pertama eloklah belajar tentang kehidupan neraka supaya tidak janggal apabila tiba di "sana" kelak..

Kenapa jadi macam tu?

Begini ceritanya, korang tahu tak bahawa seorang anak itu tak boleh meninggikan suara pada ibunya, walaupun hanya berkata “Oh” sekalipun kerana syurga itu ada di bawah tapak kaki ibu.., dan dalam kitab ada menceritakan kisah anak yang soleh yang mana walaupun ibu bapanya derhaka pada Allah tapi mereka tetap melayani dengan baik sehingga Allah menaikkan darjat si anak tadi..

Moral cerita adalah kita tidak boleh marah atau tinggikan suara pada mak sampai bila bilapun kerana itu adalah perbuatan derhaka yang boleh membawa ke neraka. Bagaimana jika mak kita buat silap? Tak solat atau tak nak tutup aurat atau suka pakai barang kemas melampau lampau, apa kita perlu buat?

Tetap kita tak ada hak untuk marah atau tinggikan suara pada mak kita sampai bila bilapun kerana orang itu adalah mak kita, maka kita hanya boleh nasihat dengan lemah lembut, tunaikan hak sebagai anak dan serahkan pada Allah untuk membuat keputusan, di samping itu kita wajiblah berdoa agar ibu kita dapat membetulkan kesilapan mereka. faham?

Kita tak boleh merajuk dengan mak kerana kita akan berdosa, hak kita sebagai anak tetap kena tunaikan, jaga makan minum mereka, tunaikan keperluan mereka walaupun mereka hidup derhaka pada Allah! Kerana mereka adalah ibu kita dan syurga kita ada dalam ketaatan kita pada mereka tak kira siapa mereka dan dosa mereka..

Ok, bab ibu dan anak semua dah fahamkan ?? Korang sangat sangat bertuah kerana masih mempunyai ibu/mak/mama/umie ... sue kehilangan mama sejak dari sie form3 lagi, bayangkan adik adik sue still kecik lagi n yang paling sedihnye sue kehilangan mama sue sedangkan sue dapat adik perempuan sekecik empatbulan.. bayangkanlah macam mana seumur limabelas tahun sue kena menjaga baby umur empatbulan ... sue sangat bertuah dikurniakan abah yang sangat sangat lovely n memahami kami adik beradik.. abahla mama kami sekarang..

Okeh okeh berbalik pada cerita asal.. Ramai perempuan tak faham bahawa syurga mereka ada pada suami mereka! Korang tahu tak bahawa seorang isteri itu tak boleh meninggikan suara pada suaminya, walaupun hanya berkata “Oh” sekalipun kerana syurga itu ada di bawah tapak kaki suami?.. dan dalam kitab ada menceritakan kisah isteri yang solehah yang mana walaupun suaminya derhaka pada Allah tapi mereka tetap melayani dengan baik sehingga Allah menaikkan darjat si isteri tadi.. Moral cerita adalah kita tidak boleh marah atau tinggikan suara pada suami sampai bila bilapun kerana itu adalah perbuatan derhaka yang boleh membawa ke neraka..

Bagaimana jika suami kita buat silap? Tak solat atau kahwin dengan perempuan lain, apa kita perlu buat? Tetap kita tak ada hak untuk marah atau tinggikan suara pada suami sampai bila bilapun kerana orang itu adalah suami kita selagi mereka tidak ceraikan kita, maka kita hanya boleh nasihat dengan lemah lembut, tunaikan hak sebagai isteri dan serahkan pada Allah untuk membuat keputusan, di samping itu kita wajiblah berdoa agar suami kita dapat membetulkan kesilapan mereka.. Kita tak boleh merajuk dengan suami kerana kita akan berdosa, hak korang sebagai isteri tetap kena tunaikan, jaga makan minum mereka, tunaikan keperluan mereka walaupun mereka hidup derhaka pada Allah! walaupun suami korang mengaku tuhan macam Firaun,, tapi isteri firaun tetap masuk syurga kerana hak isteri adalah khidmat pada suami, faham? Kerana mereka adalah suami korang dan  syurga korang ada dalam ketaatan korang pada mereka tak kira siapa mereka dan dosa mereka..

Sesungguhnya, Isteri yang menjaga solat, puasa dan taat pada suami, maka semua ikan-ikan di laut, burung di udara, malaikat di langit, matahari dan bulan, semuanya beristighfar baginya dan Allah SWT mengizinkannya memasuki  syurga dari pintu mana saja yang korang kehendaki, apa lagi nak di kata?

Tapi sue tengok zaman sekarang, ramai perempuan yang selamba jer marah marah kat suami, siap tinggi suara lagi sehingga sue yang duduk sebelah rumahpun boleh dengar.., lepas tu berleter kat suami macam ibu yang berleter pada anaknya, tapi suami diam sahaja sebab takut kat bini, apa punya dayus ntah? Kenapa tak tempeleng sahaja perempuan yang mulut leser tu! Selamatkan mereka dari lidahnya di gunting dengan api neraka! Sue tahu korang dah banyak servis kat suami dan anak anak, dah penat, dah masak, kemas rumah, dan basuh kain baju tapi kenapa nak cakap tengking tengking dengan suami jika suami buat silap?, ingat suami ni anjing ke nak kena salak hari hari? cuba korang takut sikit kat Allah, sekali korang mati tanpa keredhaan suami, tak cium bau syurga ler nampaknya.. nauzubillahiminzalik ...

Cuba korang cakap pelan pelan dengan suami, dan jika mereka buat salah dan dosa, korang tetap tak ada hak untuk marah atau tinggikan suara pada suami sampai bila bilapun kerana orang itu adalah suami korang selagi mereka tidak ceraikan korang, maka korang hanya boleh nasihat dengan lemah lembut, menasihat sambil menangispun takpe, dan tunaikan hak sebagai isteri lalu serahkan pada Allah untuk membuat keputusan, di samping itu korang wajiblah berdoa agar suami korang dapat membetulkan kesilapan mereka. Ini tidak, suami lepak minum teh tarik dengan kawan sepejabat korang berleter, suami tengok bola korang membebel, suami tidur kat ruang tamu tak tolong korang kat dapur korang menyalak macam anjing, lepas tu berangan nak dapat keluarga bahagaia konon, sedang suami hati tertekan tapi sebab lelaki jenis yang tak suka berkongsi masalah, maka korang teruskan membebel hari hari, sedar tak sedar, suami dah kahwin lain baru nak terhegeh hegeh mintak maaf dan bertanya, apa dosa saya bang? Dosa kau adalah bercakap dengan nada tinggi kat suami!

Dah dah! pergi mintak maaf dekat suami masing masing..Tak payahlah korang nak komplen suami korang pemalas, duduk rumah hari minggu pakai baju cantik-cantik tapi melepak depan TV sambil up date DVD movie, lepas tu baca surat khabar, ataupun tidur, sedangkan apa salahnya tolong saya masak dan basuh baju? Oii!! orang perempuan, masa suami korang bujang dulu, dialah kaki lepak dekat luar, mat rempit, kaki wayang, kaki pancing, kaki impak maksima, kaki bola dan sebagainya.. Bila dah kahwin dengan korang, kenalah duduk rumah jaga korang, jaga keselamatan korang, korang nampak jer mereka terbongkang depan TV atau lepak baca akhbar, tapi mereka sebenarnya sedang mengawasi keselamatan rumah tangga, tak percaya cuba korang buat-buat pengsan kat dapur, dah tentu suami korang dengan risaunya hantar korang ke klinik.. siyes, try la wat!

Ini bermakna , korang kena bersyukur bila suami lepak tak buat apa-apa kat rumah, korang nak mereka pergi mancing atau lepak dengan kawan-kawan kat kedai awek siam pekena tom yam sampai jam tigapagi? Korang nak mereka pergi karaoke di kelab dangdut? Tahu tak nak! Habis tu bila mereka lepak kat rumah, boleh pulak korang membebel macam syaitan! Sebenarnya duduk di rumah adalah satu mujahadah bagi suami yang banyak kawan-kawan, jadi kurangkan penderitaan mereka dengan biarkan mereka dapat berehat dengan selesa, upah mereka dengan teh tarik dan keropok goreng, paling tidakpun urut belakang suami, dan sesekali gunakan cakaran harimau, apa salahnya? Korang tahu tak? Antara ciri rumahtangga bahagia, suami lebih suka lepak di rumah bersama isteri berbanding lepak bersama kawan-kawan bujang, atau lepak sorang diri di tepi kolam memancing biar mereka lepak kat rumah tak buat kerja, kerana lepaknya suami dirumah adalah tanda rumahtangga bahagia, tau takpe! berdasarkan dari kehidupan realiti.. coz adik sue dah kawen :p

Jadi, mulai hari ini, jangan sesekali meninggikan suara pada suami, kerana mereka adalah jalan anda ke  syurga , bolehkan? InsyaAllah...Ok, habis satu bab.. Hope korang bole pelajari okeh??

Dan bagi yang tak tahu, sudah banyak hadith yang cerita tentang kelebihan khidmat, Antaranya:-

  • Apabila seorang suami pulang kerumah dalam keadaan letih dan isterinya melayani dengan baik maka mendapat pahala jihad.
  • Seorang isteri yang menghabiskan malamnya dengan tidur yang tidak lena karena menjaga anak/suami yang sakit akan mendapat pahala seperti membebaskan 20 orang hamba sahaya.
  • Lepas tu pulak, Isteri yang melihat suaminya dengan kasih sayang, maka akan Allah pandang mereka dengan penuh rahmat.
  • Kemudian, Isteri yang menyapu lantai dengan berzikir pula akan mendapat pahala seperti menyapu lantai Baitullah.
  • Lagi? Isteri yang memicit kepala suaminya tanpa disuruh baginya pahala 7 ketul emas, kalau di suruh?dapat pahala 7 ketul perak.
  • Nak lagi? isteri yang berkhidmat tanpa derhaka dalam hati, mendapat pahala seperti solat selama 12 tahun, lepas tu, isteri yang menjaga solat di awal waktu, puasa ganti cepat cepat, dan taat pada suami, maka Allah SWT mengizinkannya memasuki  syurga dari pintu mana saja yang korang suka..
  • Tak cukup lagi? Korang masak lalu terkena bahang akan di jauhkan api nereka, jemur baju maka matahari akan berdoa keampunan dan akhir sekali korang akan masuk syurga 500 tahun lebih awal dari suami dan menjadi ketua bidadari bla bla bla bla.. (panjang nak cerita) :p

Ok, cukup sampai sini.., moralnya adalah:

Berkhidmatlah pada suami dengan sangkaan yang betul iaitu korang yang berhajat pada suami, bukan suami berhajat pada korang, kerana wanita itu mulia dan mencapai darjat yang tinggi di syurga adalah melalui amalan berkhidmat, dan korang dapat memberi khidmat kerana korang ada suami, tanpa suami korang tak dapat nak khidmat, maka koranglah yang berhajat pada suami dalam memberi khidmat yang seterusnya akan menaikkan darjat korang di Akhirat! subhanaAllah! senangnye nak dapat ganjaran Allah kan??

Kadang kadang cuba korang fikir, apa bezanya korang wanita Malaysia?, berbanding dengan wanita di Negara miskin seperti Bangaladesh, Kemboja, Burma, Pakistan dan lain lain pendalaman di Negara ketiga.. Mereka hidup dalam keadaan letrik tak ada, air kena ambik dari telaga, baju kena basuh dekat sungai, susu kena perah dari tetek lembu, masak roti guna tahik lembu sebagai bahan bakar, tepung kena tumbuk dengan batu.., tidur hanya di atas tanah dan rumah di buat dari tanah liat, dan mereka hidup sepeti ‘hamba’ kepada suami masing masing, lepas tu jika silap mereka akan di rotan, dan malam hari masih ada kerja dari suami kepada isteri, yang mana isteri dibogelkan suami lalu dintindih sepanjang malam…, rumah tiada Astro, DVD, atau kalkulator..,

Cuba korang fikir lagi, kenapa mereka di lahirkan di sana sebagai wanita yang hidup dalam Negara miskin? sedang korang rakyat Malaysia hidup mewah, air keluar dari kepala pair siap dengan penapis lagi, mesin basuh automatic, dapur ada blower, berhabuk sikit boleh vacuum, atas kepala ada kipas dan air cond, TV ada remote, tidur atas tilam empuk, duduk dalam rumah batu, ada internet dan boleh blogwalking hari hari..Bersyukurlah jadi wanita Malaysia dan bersyukurlah dapat berkhidmat pada suami dalam Negara yang aman ini.., Allah dah takdirkan korang jadi wanita di Malaysia, kenapa nak bersedih lagi?

Bersyukurlah!

Sesungguhnya, isteri yang taat berkhidmat kepada suaminya akan tertutuplah semua pintu-
pintu neraka dan terbukalah pintu-pintu syurga. Maka masuklah korang dari mana-mana
pintu yang korang kehendaki tanpa dihisab…

Nikmat mana lagi yang korang dustakan?

Sekian…

Wednesday, July 11, 2012

50days to go ^_^

Assalamualaikum...

sambil sue ketuk-ketuk jari sue ni sambil tu sue dengar lagu "aku suka dia" by ainaan tasneem... best sgt la lagu nih... pejam celik dah tinggal limapuloh hari je lagi sue nak jadi wifey orang insyaallah... amiin... hush, hanya Allah je yang tau ape yg sue rase skang ni.. resah, gundah gulana, happy, n xtau nak cakap ape lagi dah... makin ari makin sayang sgt2 kat mr. love... afta gado besar aritu every single day mr. love mst akan borak2 ngan sue.. rase macam dekat jer eventho memang tgh berjauhan skang ni.. so far, preparation utk majlis kawen sue skang almost done with pengapit, homestay, pelamin nikah, andaman (xbuat fitting lagi :p), catering tinggak nak jumpe orangnye, photografer, deejay, dewan, paper bag goodies pun dah beli, goodie nye pun dah pilih... tinggak nak bagi modal je nnt... hmmmm ape lg ek ??? dupdapdupdap je hati sue ni.... takot sue terlepas pandang bende2 yang kecik ni... 

'Ya Allah, hanya pada-Mu tempat ku bergantung harap.. ku memohon pada-Mu agar setiap langkah perjalananku di dalam redha-Mu ... Amiin ya robbal a'lamin ...'

Tuesday, July 10, 2012

Aku suka dia by Ainan Tasneen

Assalamualaikum...

happy lunchie.. burrrrppp alhamdulillah. baru balik dari lunchie ngan ofismate kat rimba cempaka pkns.. balik-balik jer trus layan lagu aku suka die.. ntah xtau knape tp lately ni memang harus wajib nak dengar lagu ni atleast sekali sehari... mcm jatuh cinta plak ngan lagu ni... lagu jer okeh !!! so jom la layan skali :p 


Aku lihat dia disana
Aku ingin mendekatinya
Aku cuba menghampirinya
Lalu aku menyapa dia

Dia pun membuka bicara
Dan aku mulai mengenalnya
Kita mulai bermain mata
Mula timbul rasa bahagia

Bila dia, mendekati diriku
Hatiku rasa sesuatu
Bila dia, senyum pada diriku
Hatiku rasa tak menentu

Kekadang hati ku bertanya
Adakah dia dah berpunya
Kerana diriku berasa
Aku jatuh hati padanya

Aku ingin memilikinya
Aku ingin menjaga dia
Aku ingin mencinta dia
Aku ingin hidup dengannya

Bila dia, mendekati diriku
Hatiku rasa sesuatu
Bila dia, senyum pada diriku
Hatiku rasa tak menentu

Mungkinkah aku, kan berjumpa dengannya
Untuk meluahkan rasa
Mungkinkah aku, kan berdiam diri saja
Menunggu cinta darinya

Ku terima satu nota darimu
Yang tertulis ‘Aku suka kamu’

Bila dia, mendekati diriku
Hatiku rasa sesuatu
Bila dia, senyum pada diriku
Hatiku rasa tak menentu

Akhirnya kini ku kan mampu ceria
Diriku sangat gembira
Akhirnya kini, aku mulai bahagia
Menerima cinta darinya

Aku suka dia