Thursday, November 3, 2011

1st day in 24th years old

Alhamdulillah coz Allah masih memberi nafas sehingga kesaat ini. Sue panjatkan kesyukuran kerana diberi kesempatan untuk bersama2 org2 yg menyayangi sue selame sue masih ade diatas dunia ni. Sue dikelilingi ngan org2 yg sgt2 la memahami sape diri sue senarnye n sue sgt2 la senang berada disamping org2 yg memerlukan sue dlm idop mereka :p

ok kat bawah ni list yg wish burfday sue kat hp.. i'll keep in a year Insyaallah :)
  • tepat kol 12mlm my fiance call n nyanyi lagu burfday utk sue... sooooo suweet n terharu sgt2. tenx syg coz nyanyikan utk sue. igtkan saje je cari gado ngan sue b4 dat n for ur info sue geram sgt2 ok but pas dgr abg nyanyi terharu gile smpi nangis ok. love u soooo muchie !!!
  • 1st mesej yg msuk from lin " Happy besday.. May allah bless u.. Have a blast one." - tenx babe!
  •  2nd mesej from efa " Hepy bezday my freind,smga sht slalu & d'murahkan rezeki... :)" - tenx babe!
  • 3rd mesej from amir " Salam. hepi besday yg ke 24 suraya suhaida..sm0ge pnjg um0, murh rzki..sm0ge bebhagia hngge ke akhr hyat ye..pangai h0pe lbih matang n jge dri tu baek2 dong..thnx 4 evrythng n tc. :) - tenx buddy!
  • 4th mesej from fiance " HAPpy bday myfiance..sm0ge dberkati hdup ddunia & dakhirat (INSYAALLAH) L0ve u s0 much. :* - tenx mucuk!
  • 5th mesej from kak sera " Slmt ari lahir kakak..Smoga allah pjgkn umo n dmurahkan rezeki.. Smoge b'bhgia slalu b'same org t'syg.. Amin.. Luv u  kak.. :) - tenx kak sera!
  • 6th mesej from my sis " Slmt hari jd kak..smoga pnjg umo n dmrhkn rezki..amin.. - tenx dik!
  • 7th mesej from my dad " *Happ Birthday Along* Selamat Sejahtera. Sihat Walafiat. Sentiasa Ceria. Semoga diberkati. murah rezeki. panjang umur dan memperoleh kejayaan. ikhlas dr Abah. - so touching kan? love u abah !
  • 8th mesej from Aim " Fb da wish.lau nk wish kt hp leh kn..epi bzday 2 u..wlpn da lmbt wish kt anst. ttp nk wish gak..smga pnjg umo..umo da bsr...prngi pn kna bsr ye..mnja2 2 xpe..jgn ilangkan..hahawish u all de bez in ur life!frend 4ever..!! - tenx buddy!
ok kat bawah ni plak list kwn2 yg wish kat FB... fuhhh rmi sgt la... hope xde yg terlepas pndg :-

  1. Ling Ling Luis
  2. Aeyu Rodzman
  3. Iman Suri
  4. Amir Malay Wazza
  5. Tengku Muhammad
  6. Che' Anna Farhana
  7. Mohd Norakhmal
  8. Puteri Siti Marfua Azzahrah
  9. Aishah Arshad
  10. Dani Kazuma
  11. Imran Az
  12. Farhana Affandy
  13. Ain Ferra
  14. Ahh Kie
  15. Liana Maya
  16. Aini Ismail
  17. Aim Popoy 
  18. Mu Chi Nadia
  19. Eina Erena
  20. Norashikin Zainal
  21. Nor Azlina Razak
  22. Mazita Mohd Rosli
  23. Masnira Abd Masjid
  24. Mohd Kharul Anwar Mohamad
  25. Syafiq Hassan
  26. Amie Shakilla
  27. Pop Zaa
  28. Nurzuraizah Azmi
  29. Mohd Rohaizad
  30. Farah Fendy
  31. Cik Ct
  32. Ain Anuar
  33. Nini Amnani
  34. Lina Mohd Nor
  35. Amiza Shazwani
  36. Sarah Shar0n
  37. Nina Diana
  38. Dyanna Mohammad
  39. Athirah Zolkefly
  40. Aznurulhuda Husin
  41. Nur Hidayah Ceria
  42. Minahchubby Nyonya Sengal
  43. Mutaleeb Aziz
  44. Norazurein Suhaimi
  45. Zai Cai Cai
  46. Muhammad Izzat
  47. Ziela Hamid
  48. Hadi Faiz
  49. Didi Zuraini
  50. Norsahar Achim
  51. Maisarah Rosly
  52. Adrien Abdul Rahman
  53. Edzry Amran
  54. Lidyatul Nadia
  55. Helina Marrie Goth
  56. Iefa Diyana
  57. Sue van Dyk
  58. Nur Faridhatul Azla
  59. Azua Haniim
  60. Azura Hambali
  61. Nurul A'syikin Abu Samah
  62. Asepa Djemba Djemba
  63. Mohd Daud
  64. Noo Wahaja
  65. Annayumi Wanuzawa
  66. Amelia Eryna Zinol
  67. Ayied Shah
  68. Irdayu Zulkefly
  69. Muslia Haikal
  70. Aize Kasuma
  71. Nazir Azhari
  72. Are-u Ryzal
  73. Cik Emily
  74. Saidatul Nadrah
  75. ToTo DiLe
  76. Nini Mutiara
  77. Iyma Rahimah Zainudin
  78. Pauline Toolseram Fazline
  79. Kuxsuka Raksasa
  80. Nazrul Nempam
  81. Nurhazirah Hamdan
  82. Farah Hanan
  83. Haniza Ahmad
  84. Izzati Zulkefly
  85. Radhie Jalil
  86. Maria Camelya
  87. Fathiem Hamimah Yahya
  88. Nur Liyana
  89. Nahaida Nasir
  90. Syakirah Razali
  91. Abdul Rahim
  92. Jazz Zer0o
  93. Shiohayo Cda
  94. Cik Nurfaezah
  95. Hana Idris
  96. Yong Fartini
tenx a lot semua yg wish kat sue. smoge doa kalian dimakbulkan :)

Let me love u

Assalamulaikum....
Hye mucuk, sue tau lately ni sue moody sgt ngan abg. abg xde wat salah pape pun ngan sue. cume mood sue je xbrape nak ok lately ni. byk bnde nak fikir n sue xnak la bebankan abg ngan problems sue. sue try nak independence even sue tau sue leh arapkan abg dlm sume prob sue tau. im sory k mucuk.u know what mucuk, even kite keje in one roof, sue still rse jauh dr abg. ngade2 kan??? huhuu tp biala.... hope abg pun feel the same way too. syg, if u were notice dat sue slalu say "i love u" in no matter what,in every second or all the time dats mean i really love u ok. sue xtau nak tnjuk mcm mane tp ngan cre camtu je la sue leh tnjuk kat abg. hope abg xrimas eh :p

mucuk, afta solat sue slalu doakan famili n relationship kite. xnah skali pun sue lupe yg kite dimurahkan rezeki, dipermudahkan segala urusan, dijauhkan segala prasangka, dilindungi dr sgale malapetaka n diberi kekuatan utk menjadi seorg yg setia disamping abg n dikekalkan kasih yg berpanjangan. sue berharap sue akn menjadi bakal isteri abg yg sorg je. diberi kesabaran utk menunggu abg in no matter what coz sue yakin abg the one who will become my hubby.. :p


♥♥Wahai Adam Pemimpin & Hawa Yang Dipimpin♥♥

Wahai adam,Hawa itu tercipta indah dari rusukmu,Terlindung 1001 hikmah disebalik keindahan itu,Janganlah engkau sengaja patah-patahkan ia,Sebaliknya luruskannya dengan penuh hikmah & sayang

Wanita akal senipis rambutnya,Jangankan lelaki biasa, nabi pun terasa sunyi tanpa wanita,Tanpa mereka, fikiran dan perasaan lelaki akan resah,Masih mencari walau ada segalanya,Apa yang tiada dalam syurga? Namun adam tetap rindukan hawa

Dijadikan wanita daripada tulang rusuk yang bengkok ,Untuk diluruskan oleh lelaki. Tetapi seandainya lelaki itu sendiri tidak lurus,Mana mungkin kayu yang bengkok,menghasilkan bayang yang lurus

Luruskanlah wanita dengan jalan yang ditunjuk oleh Allah,Kerana mereka diciptakan sebegitu rupa oleh Allah,Didiklah mereka dengan panduan darinya,Jangan cuba menjinakkan mereka dengan harta,kerana nantinya mereka semakin liar,Janganlah hiburkan mereka dengan kecantikan,kerana nantinya mereka akan semakin derita
Kenalkan mereka kepada Allah, zat yang kekal,Di situlah punca kekuatan dunia

Akal senipis rambutnya, tebalkanlah ia dengan ilmu,Hati serapuh kaca
Kuatkanlah ia dengan iman...Perasaan selembut sutera, hiasilah ia dengan akhlak
Ingatlah perananmu wahai lelaki bergelar pemimpin

Suburkanlah ia kerana dari situlah nantinya,Mereka akan lihat nilaian dan keadilan Rabbi
Bisikkan ke telinga mereka bahawa kelembutan bukan suatu kelemahan,Ia bukan diskriminasi Allah... sebaliknya di situlah kasih dan sayang Allah

Wanita yang lupa hakikat kejadiannya,Pasti tidak akan terhibur, dan tidak akan menghiburkan,Tanpa iman,ilmu dan akhlak..mereka tidak akan lurus
Bahkan akan semakin membengkok,Itulah hakikatnya andai wanita tidak kenal Rabbinya
Bila wanita menjadi derhaka,pasti dunia lelaki akan menjadi huru hara...
Lelaki pula janganlah mengharapkan ketaatan semata-mata

Tapi binalah kepimpinan,Pastikan sebelum wanita menuju Ilahi, pimpinlah diri kepadanya
Jinakkan diri kepada Allah,Nescaya akan jinaklah segala-galanya di bawah pimpinanmu
Janganlah mengharapkan isteri semulia Fatimah Az-Zahra',Seandainya dirimu tidak sehebat Saidina Ali karamallahuwajhah,Bukankah kamu lelaki punya peranan besar terhadap hawa!

Lindungilah hawa itu.Jadilah pemimpin imamnya yang terbaik.
Lindungilah hawa itu,Lunakkan telingamu dan ajarinya dengan nafas alunan suci Al-Quran....

Alangkah bertuahnya berada di bawah Nur Islam,di mana segala kesusahan,kesakitan,kesedihan,kerinduan,kegelisahan yang dihadapi dapat diharungi bersama dengan sabar dan redha mengkafarahkan dosa-dosa kecil..

Wahai lelaki...wahai adam,Lindungilah hawa selagi kamu mampu,bukan menyakitinya
Bimbingilah hawa di jalan NurNya,bukan menyesatkannya,Wangikanlah
mulutmu dengan nasihat hikmah,bukan meracuninya,Jadilah pemimpin imam yang terbaik buatnya,saling membantu,Hilangkanlah egomu kerna itu api yg membenamkan nur kebahgiaan
Ingatlah wahai lelaki..

Wahai lelaki yang punya peranan besar,Jika benar kau mencintainya maka cintailah dia sepenuh hatimu.. jika benar kau kasih dan cintakan wanita itu, jagalah dia dengan baik, kasihanilah dia, lindungilah dia, berilah kasih sayang padanya, nasihatilah dia, bawalah dia ke jalan Allah, perbetulkan kesilapannya, bersabar dengannya, terimalah kekurangannya, jadi imamnya dan redhalah padanya..

Friday, October 28, 2011

Congratz my besties

assalamualaikum...
alhamdulillah my best fren Arifah bt Haji Mokri suda sah menjadi wifey pada Alfarizal on 26oct lepas. im happy for u dear. aku doakan ko akan menjadi seorh isteri yg solehah n taat pada alfa ok. bile da idop bersame bawah satu bumbung disitu la startnye hubungan korg. cepat2 ade junior ok. wah hepinye aku. jgn lupe doakan aku plak ok. love both of u. n for Alfa pls take care of my besties ok..
afta nikah day aritu, sue n lg 2 org besties sue g sg congkak hehehe saje2 mengisi mse lapang deepavali tu. xde ape nak wat kat umah kan. rmi gile kat sg congkak. ngan berbaju kurung nye sue g sg congkak hahha padahal bju spare bwk je. en love xkasi tukar huhu sedey tau. mia dpt la mnd sg tu jeles sue tau. hmmm xpe next time g lg sue nak berendam puas2!!
then pas g sg congkak sue ngan zai g melalak kat music box metro point plak. haaaa amik ko 2 jam melalak dlm tu. mahal nak mampus nyesal plak suggest tmpt tu. huhu tp xpe dgr en love nyanyi smpi nak tertido huhu.. so bole la....
ok jom kite lyn gmbr plak eh ^_^




Friday, October 21, 2011

Kenapa saya cepat sangat menangis :"(

Pernahkan anda tertanya-tanya kenapa seorang pere...mpuan menangis hanya kerana seorang lelaki? Mungkin sebab anda sudah terbiasa dengan auta bahawa perempuan memang suka menangis...Seorang perempuan takkan menangis dengan mudah, tetapi hanya apabila dia mula menyintai anda, dia mula merendahkan egonya untuk anda semata-mata kerana anda.
... ...
Apabila dia menangis di hadapan anda,
Apabila dia menangis kerana anda,
Pandanglah matanya,
Bolehkan anda rasakan apa yang dia rasa?
Pernahkah anda CUBA untuk memahami apa yang dia rasa?
Fikirkan…
Berbaloikah dia menangis,
Dihadapan anda,
Hanya kerana anda?

Dia menangis bukan kerana dia lemah,
Dia menangis bukan kerana dia kasihan atau simpati,
Dia menangis,
Kerana dia tidak lagi mampu untuk menangis didalam hati,
Kesedihan yang dirasainya menjadi semakin berat untuk disimpan.

Guys,
Cuba ambil masa untuk berfikir,Jika si dia menangis hanya kerana anda,Mungkin sudah tiba masanya anda fikir kembali di mana silap anda,Kerana hanya anda tahu jawapannya.

Fikirkan,
Kerana suatu hari nanti,
Ianya mungkin terlalu lambat untuk menyesal,
Atau terlalu lambat untuk mengucapkan “maafkan saya…”

Guys, kalau seorang perempuan menangis kerana anda, janganlah anda membiarkan dia menangis keseorangan. Beradalah disisi dia, menemani dia, kerana dialah yang akan setia dengan anda sehingga akhir hayat anda.

Guys, kalau seorang perempuan menangis kerana anda, janganlah anda meninggalkan dia selagi dia masih memerlukan anda. Kerana anda akan merosakkan hidup dia.

Guys, jangan pernah mengungkapkan rasa cinta anda kepada seorang perempuan selagi anda belum benar-benar yakin dan sedia untuk bercinta. Kerana anda hanya akan membuatkan si dia menangis dan sengsara...Mudah bagi seorang perempuan untuk berpura-pura melupakan cinta lamanya terutama cinta pertama, tetapi bukan mudah untuk membuang parut dalam jiwanya...

Dear Diary

Assalamualaikum..
1st of all ape yg sue nak tulis ni bukan sekadar utk diri sue sendiri je. utk sesape yg membace belog sue ni gak. sharing is caring rite ?? Nah x dlm 1 detik korg fikir nak berubah? msti nah kan? same la ngan sue. kdg2 perasaan mcm tu dtg nye tnpe kite sedar rite? nthen bile kite da bizi skit kite lupe blk prasaan tu :) hahaha
Semalam b4 tido sue ade bace tentang perihal wanita. Adab sopan menjadi seorang isteri yg diredhai Allah. Tanggungjawab seorg ank perempuan sebelum/selepas kahwin. Mse sue bace statement tu sue bayangkan yg sue berade dlm that situation. Bestnye kalo kite dpt tunaikan tggjwb tu sume kan?? Xsabar rsenye nak jlnkan tugas as a wife.. Sue slalu berdoa agr hati ini terdidik dgn kesabaran n xlupe gak minta bukakanla pintu rezeki antre sue ngan en. love terbuka dgn luasnye agr kami cepat disatukan dlm ikatan yg sah..
Insyaallah, sue suda sedia utk jadi seorg isteri kpd en. love. Bile da idop ber2 bru kite tau baik buruk hbgn kite rite mucuk?? Itula yg slalu en. love bgtau sue. Indah sgt bile en love kate camtu n make me xsabar2 nak kawen ttteeettt !!
So, sbgi anak sulung plak mmg bsr tggjwb sue sbnrnye. Kdg2 sue terfikir bile sue da kawen nnt, adik2 n abh camne la dorg. Memandangkan abh ialah bapa tunggal sue nak sgt abh sue dpt cri seorg ibu/isteri utk umah kami nnt. Skang bole la kami adik beradik jge n kms umah tp nnt bile sue ngan adik sue no 2 kuar dr umah tu camne?? hmmmm
 

Aku Wanita Itu

Aku wanita, ditakdirkan Ilahi untuk singgah di duniaNya yang sementara ini. Perjalanan hidupku amatlah berliku, namun aku tetap bersyukur ker hadratNya, aku masih mampu menikmati setiap helaan nafas yang menerjah paru-paruku ini.Mataku gemar memerhatikan dunia sekelilingku. Mindaku juga gemar menterjemah apa yang disaksikan deria penglihatanku. Lantas aku hasilkan konklusi tentang beberapa perkara yang aku saksikan.Konklusi yang aku sematkan di hati ini bukanlah sekadar bersumberkan pandangan mata, ia juga bersumberkan pengalaman diri yang selalu melakukan kesilapan sama berulang kali.Tatkala mata dan minda melayari seindah hiasan.Timbul keinginan di hati ini untuk aku kongsikan pemikiran yang telah aku sematkan di dada ini.

Aku insan lemah yang selalu melakukan kesilapan. Aku juga seperti wanita lain, punyai keinginan hati yang ingin dipuaskan.Tetapi aku tidak mahu hanyut dalam lautan ombak nafsu yang mengganas. Akan ku berenang melawan keganasan ombak hingga ku sampai ke syurga.
Aku mengerti mengapa wanita gemar mempamerkan sebahagian besar tubuh mereka. Percayalah, aku juga pernah berada di tempat mereka. Bangga menguasai diri apabila dapat mempamerkan hiasan diri persis model, menggoda.Sekiranya boleh, mahu sahaja ditayangkan semuanya. Mahu tunjukkan pada dunia betapa indahnya perhiasan mereka. Apabila dipuji, bertambahlah senyuman di hati. Aku mengerti.Aku mengerti perasaan sedemikian. Pakaian ketat dipilih. Bentuk badan yang cantik haruslah ditonjolkan. Aku mengerti.

Tetapi hari ini, aku melihatnya dari perspektif berbeza. Aku tidak mahu tubuhku menjadi ratahan mata-mata lelaki yang ganas.Apakah nilaiku jika aset tubuhku aku tayangkan pada dunia? Lima sen? Satu sen? Atau mungkin lebih kurang dari itu. Tiada mahu aku gadaikan nilaiku.Aku seseolah sengaja membiarkan diri didekati lelaki-lelaki yang rendah nilainya. Rendah nilainya bukan sahaja dari aspek maruah, malah juga rendah nilai hatinya.Hari ini dia mengenaliku dan menyentuhku, keesokan harinya dia tinggalkan aku.Dia sekadar mendekati aku kerana ingin memuaskan nafsunya, bukan untuk dia sematkan aku di hatinya. Ya, dia mendekati aku berlandaskan nafsu.Dan di matanya, aku tiada nilai. Mudah diperlakukan sedemikian rupa. Mudah disentuh. Mudah juga untuk dia tinggalkan. Aku terasa seperti tidak dihormati. Apakah aku boleh diperlakukan sedemikian rupa sewenang-wenangnya?

Andai aku memakai pakaian yang menutup auratku, pasti lelaki yang mendatangiku, lelaki yang boleh mencintai aku bukan disebabkan kecantikan tubuh badanku, bukan juga kejelitaanku tetapi apa yang ada di hatiku.Itulah cinta sejati buatku. Dia mencintai hatiku. Pasti dia dapat menemaniku sehingga hujung hayatku, menjagaku saat aku sakit dan melindungi aku sebagai isteri.Aku tidak mahu disentuh lelaki dan ditinggalkan. Biarlah aku dikahwini, disentuhi dan selamanya bersama. Aku tahu, ramai wanita yang terasa hebat apabila menyarungkan pakaian seksi, menampakkan isi yang menarik nafsu si lelaki. Apabila diri dipanggil-panggil oleh kaum Adam apabila berada di tempat ramainya kaum tersebut, terasa hebat, ’outstanding’, dan juga glamor (hot).

”Pasti ramai yang mengejar aku selepas ini,” Ya. Aku mengerti perasaan itu. Aku juga pernah melaluinya. Aku mengerti.Namun, hari ini aku lihat dari aspek yang berbeza. Adakah ia sesuatu yang hebat apabila dikacau lelaki-lelaki seribu ramainya? Apakah hebat, kotak pesanan dipenuhi sejuta mesej lelaki yang enuturkan kata indah, cuba menawan hati ini?Hakikatnya, langsung tidak. Ia cuma menunjukkan betapa hebatnya aku menjatuhkan maruah diri sehingga lelaki boleh mempermainkan diri ini sewenang-wenangnya. Sesesungguhnya, itu bukanlah kayu ukur populariti sebenar.Andai aku menjaga tingkah laku, pemakaian dan akhlakku, pasti lelaki yang mendekatiku adalah lelaki yang menghormatiku, baik akhlaknya dan bukan berteraskan nafsu semata-mata.Mereka juga suka akan diriku bukan disebabkan kecantikan luaranku, tetapi kecantikan dalamanku. Dan biasanya, lelaki begini melihat wanita untuk dijadikan isteri, bukan pondok sementara untuk mereka singgahi.Dan apabila mereka ingin jadikan seseorang wanita itu isteri, pasti mereka dekati dengan cara yang baik, sebagaimana agama Islam telah gariskan.

Tidak perlu menabur 1001 janji manis, 1001 pujian, 1001 kata-kata indah. Dan lelaki tersebut pasti benar-benar inginkan aku, bukan sekadar menghiburkan hati dan memuaskan nafsu yang kegersangan.Kata-kata manis mudah dilontarkan, namun tingkah laku sukar dilakukan. Andai seseorang itu menyukai aku, pasti dia usahakan agar aku dijadikan isterinya, bukan sekadar menabur janji-janji manis tak berkesudahan.Mungkin ada yang tidak setuju dengan kata-kataku. Tak mengapa. Mungkin pandangan kita berbeza. Namun, fikirlah buat kali kedua.Aku berbicara bukan sekadar mengeluarkan kata. Aku berbicara berdasarkan pengalaman diri yang telah aku lalui.Mungkin ada yang ingin berubah namun terasa sudah terasa agak terlambat. Tidak sayang, masih belum terlambat.Masih belum terlambat selagi nyawa dikandung badan.Selagi matahari terbit di sebelah Timur. Dan yang paling utama, Allah itu Maha Pengampun.

Pasti Dia akan rencanakan hidup yang lebih bahagia dan tenang selepas ini. Yakinilah pada Dia.Sama-samalah kita berdoa agar kita semua berada di bawah lindunganNya dan diberi hidayah agar diri ini tiada lagi hanyut.