Thursday, March 15, 2012

Jom share ^_^

Assalamualaikum..

sementara suraya free lg pg ni.. keje pun xbape nak bykkan, meh suraya share ngan korg *masalah problem skang ni sape ntah korg tu eh ??* xpe la, mst de org yg bace blog suraya ni kan... uhuk jom cekidaut :p

10 perkara yang awak semua HARUS lakukan bile da jadi TUNANGAN org :-
  • Bergembiralah sebagai tunangan orang

Ramai orang cakap semasa dalam tempoh tunang, mesti lebih hebat cabarannya. Jadi, banyakkanlah bersabar dan kurangkan perselisihan faham dan lebihkan perbincangan. Pakailah cincin tunang ataupun gelang tunang ataupun rantai tunang ataupun subang tunang awak dengan bangga sekali. Luahkan kegembiraan awak dengan keluarga dan kawan-kawan awak. Ambillah gambar awak bersama dengan en. tunang (gambar-gambar ni boleh disertakan di dalam slide gambar semasa majlis awak!)
  • Adab masih kena jaga.

Ya. Adab tetap adab. Kalau boleh, janganlah jumpa selalu. Orang kata tak manis. Kalau nak jumpa pun, bawa sekali teman supaya perkara-perkara yang terlarang boleh dielakkan. Yelah kan, dah tunang ni mesti ada perasaan yang lebih rapat dan ingin kerap bersama. Tapi semua tu kena simpan dulu. Dah kahwin nanti, nak kerap mana bersama pun boleh. Sabar ye. Hehe. (ermmmm mcm xleh wat je part yg ni tp masih boleh dicuba, seminggu sekali ok what ??)
  • Berbincang dengan kedua belah ibu bapa

Dalam tempoh ni sehinggalah pada hari majlis tersebut, suraya pasti ada banyak pertelingkahan yang akan berlaku. Mungkin ibubapa kita nak kan majlis tersebut berjalan seperti yang mereka akan rancangkan, dan kita pula rasakan citarasa mereka dah outdated! Apa yang boleh dilakukan di sini adalah, dengar pandangan mereka dan bentangkan pandangan awak. Hati orang tua ni mudah terguris. Kita tak nak majlis kita disambut dalam air mata kan? So, hargailah masa ketika bersama dimana masa kita pun akan berkurang bersama mereka sebaik saja  kita berkahwin. (mcm sedeh je nak tglkan abah ngan adik2, da ler abah suraya ni abah tunggal... cik malin a.k.a makwe abah !!! xnak kawen ngan abah kite ker ??? hikhik )
  • Tetapkan tarikh

Penetapan tarikh adalah perkara yang paling penting dalam majlis awak. Banyak perkara yang harus dipertimbangkan seperti memilih hari yang bermakna, kesediaan kedua belah pihak, tempoh persiapan yang cukup untuk majlis berlangsung dan yang paling penting duit yang cukup bukan saja untuk majlis tetapi juga untuk hari yang mendatang kehidupan sebagai suami dan isteri. Hari yang dipilih juga haruslah dilakukan dengan persetujuan kedua belah pihak. (ermmm tarikh yg suraya n en. love pilih jatuh on public holiday yeay2 da de tarikh!!! *eksaited @_@)
  • Tetapkan konsep majlis

Setelah adanya tarikh, awak dan pasangan awak bolehlah mula melakarkan perkahwinan fantasi awak. Samada bertemakan mengikuti warna, berdasarkan konsep adat, formal atau santai, ataupun tumbuh-tumbuhan, semuanya terserah kepada daya kreativiti awak! Awak boleh pergi ke majlis kawan-kawan awak untuk mengumpul idea-idea ataupun googlekan saja! (dream wedding suraya kan kalo bole la nak wat kat pantai, angin sepoi2 base je kan then gown kawen sue nnt terbang2 je ahak gatai lebey suraya ni :p)
  • Tetapkan bajet

Selalunya, bajetlah yang mematikan segala angan-angangan perkahwinan kita. Tapi, janganlah berputus asa. Kita boleh sesuaikan bajet yang kita ada dengan konsep yang kita tetapkan. Awak boleh berbincang dengan ahli keluarga yang boleh menyumbang sedikit jumlah wang untuk majlis awak. Jangan sesekali melakukan pinjaman bank pula! Langkah ini adalah ditegah sama sekali kerana tidak baik untuk kita berhutang. Kesediaan dari segi ekonomi perlu ada sebelum mahu melangkah ke dunia perkahwinan. Bajet dari segi selepas berkahwin seperti rumah, perabot, keperluan harian juga perlu diambil berat supaya tak ada masalah yang datang nanti.
  • Senaraikan undangan tetamu

Tetamu undangan perlulah dikategorikan kepada tetamu dari pengantin, tetamu dari bapa pengatin dan tetamu dari ibu pengantin. Senaraikanlah dari yang terdekat sehinggalah yang awak rasa awak ingin berkongsi hari bersejarah awak dengan mereka. Tetamu tidak perlu ramai. Sesuaikan dengan bajet awak dan janganlah pula sertakan elemen menunjuk-nunjuk pula.
  • Memilih tempat untuk majlis berlangsung

Sebaik saja tempat dipilih, ia haruslah ditempah segera supaya masalah seperti fully booked boleh dielakkan. Tempat yang akan berlangsungnya hari bersejarah awak semestinya harus berlandaskan konsep, bajet dan jumlah tetamu undangan awak yang telah ditetapkan. Walaubagaimanapun, ia boleh sentiasa disuai-padankan mengikut perubahan dari semasa ke semasa.
  • Survey-survey

Suraya percaya yang pengantin perempuan akan lebih giat membuat survey dan mengheret pengantin lelaki ke mana saja ekspo perkahwinan yang bakal dijalankan. Survey memang patut diadakan untuk perbandingan harga disamping mengumpul idea untuk majlis awak juga. Tapi, janganlah melakukan survey sehingga ke saat-saat akhir sebelum majlis berlangsung. Itu akan mendatangkan perasaan cemas dan kelam-kabut yang patut dielakkan.
  • Sokongan yang padu

Majlis yang sempurna bukanlah hanya dikendalikan oleh anwak seorang saja. Dapatkanlah bantuan dari keluarga terdekat ataupun kawan rapat awak yang sudi meluangkan masa untuk membantu awak. Ataupun, awak boleh mendapatkan nasihat daripada pakar perunding perkahwinan.

So, suraya hope sgt2 mende alah kat atas ni sue google je pun. suraya nak share ngan kwn2 suraya n utk diri sendiri gak senarnye. hope dapat la tolong u oll sume eh.. suraya doakan utk kwn2 seangkatan ngan suraya n xlame je lg adik suraya pun nak kawen da, ape yg suraya edit2 je pun kat atas nu ha.. wishing all of u happy ngan tunang msg2 tau <3 ...

No comments:

Post a Comment